Wednesday 17 October 2012

Mahseer / Kelah


 Salam kepada semua...kami dari Ta-Qua-Rium dalam usaha memperkenalkan ikan Kelah atau Mahseer di serata pelusuk dunia. Ikan yang mempunyai bentuk yang aerodinamik dan kekuatan melawan yang sangat tinggi sesuailah ikan kelah ini dipanggil raja sungai. Ikan ini sangat terkenal di Asia Tenggara. Seperti ikan Arowana,ikan ini memiliki sisik yang sangat cantik, susuanan sisik yang menarik selain mempunyai pelbagai jenis warna. Warna melambangkan jenis - jenis ikan kelah di Malaysia. Sebagai contoh, Ikan kelah di sungai - sungai di Hulu Selangor dan Perak bewarna agak keemasan, ikan ini dikategori kan sebagai Kelah Bara Lipan. Bentuk dan warna ikan bara lipan di Perak lebih jelas dan cantik dari di Selangor.


Ikan Kelah Merah Pahang pula mempunyai warna yang agak keputihan dan ada diantaranya berwarna kuning dan merah jambu yang agak pudar. Bentuk badan ikan Kelah Pahang biasanya agak lebar.


Selain pada jenis ini, ada juga kelah Pahang yang berwarna kebiruan di sirip,ekor, dan muka ikan tersebut. Ikan Ini dikenali sebagai Ikan Kelah Pahang Sirip Biru. Ikan kelah pahang biasanya dijadikan sajian - sajian mewah di restoren - restoren mewah.


Banyak lagi jenis ikan kelah merah yang menarik di Malaysia ini. Diantaranya ialah ikan kelah merah Bara (Super Red Masheer) dari Sg Tembat di Hulu Terengganu. Ikan ini bewarna merah terang dan mempunyai populasi yang semakin rendah. Begitu juga dengan Ikan Kelah dari Sg Aring di Kelantan, Ikan - ikan kategori merah bara (Super Red) menjadi rebutan para peminat ikan Kelah. Para peminat kelah sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata - mata untuk mendapatkan ikan kelah jenis ini. Kerana permintaan yang tinggi untuk ikan ini,
tangkapan ikan kelah semakin tidak terkawal. Perniagaan kami di Ta-Qua-Rium bukan sahaja untuk meningkatkan penjualan kami, Malah dengan pembukaan pusat pembiakan dan pembenihan ikan ini kelak, Ia dapat membantu pihak kerajaan untuk mengekalkan populasi ikan ini. Ikan Kelah adalah warisan Malaysia yang tiada tolok bandingnya. Ikan ini mempunyai nilai yang lebih tinggi dari arowana.Ikan arowana di nilai dari segi luaran semata - mata. Ikan kelah dinilai dari segi sifat dalamannya yang gagah.


T
Y
P
E
                 Mahseer (Ikan Kelah)
                              Arowana
Family
 Cyprinidae (Carp)  

 Osteoglossidae
Color
Silver,Gold,Red
Silver,Gold,Red
Shape
Aerodinamic
Knife Shape
Scale
Attractive small scale
Attractive Big Scale
Population
Lesser (Rare)
More and More
Area
Malaysia,India,Thailand, Indonesia
Malaysia, Autralia and other countries


Klik Harga Di SINI

Kepada sesiapa yang berminat boleh lah merujuk harganya di sini. Harga kami amat berpatutan dan sangat murah berbanding kedai - kedai akuarium di sekitar anda. Kebanyakan kedai akuarium menjual Spesis tengas dan melabelnya sebagai kelah dan menjualnya dengan harga kelah. Ternyata perbuatan ini adalah perbuatan PENIPUAN yang tidak boleh dimaafkan.

 Selain dari menjual ikan kelah kami juga memberi sokongan dalam memelihara spesis ikan kelah ini yang semakin pupus. Ikan ini sangat unik kerana ianya dikenali sebagai raja sungai. Ikan kelah biasanya terdapat di hulu - hulu sungai. Akibat dari pembangunan, habitat ikan ini terancam. Populasinya semakin menurun kerana aktiviti tangkapan ikan secara berleluasa. Dengan adanya syarikat kami,kami percaya dengan penjualan ikan dapat membantu kami untuk membina sebuah pusat pembenihan dan pusat penyelidikan ikan ini.

No comments:

Post a Comment